Kenali Saya
Saya Cik Tun. Seorang Peminat Emas dan Seorang Usahawan.
Telah berkecimpung dalam dunia emas pelaburan bermula tahun 2011 setelah mendalami ilmu ekonomi dari seorang sahabat tentang gawatnya dunia sekarang bila melibatkan ‘wang fiat’ sehingga menimbulkan azam menjadikan emas dan perak sebagai instrumen pelaburan jaminan masa depan.
Pengalaman yang melibatkan kerugian besar dalam emas maya sebelum ini menguatkan lagi semangat untuk memberi bimbingan yang betul serta tepat berkaitan pelaburan emas yang lebih telus.
Pemegang Diploma Perakaunan dari kolej swasta dan berpengalaman di dalam bidang berkaitan khususnya pemasaran selama 18 tahun di dalam pelbagai syarikat dalam dan luar negara.
Seorang ibu kepada dua cahayamata yang semakin membesar, seorang isteri kepada seorang lelaki budiman dan seorang sahabat kepada semua pencinta emas.
Selamat Datang ke laman ini, semoga ilmu dan info memberi manfaat kepada anda semua 🙂
Terima kasih.
Cik Tun Teja