Tempat terbaik jual emas ialah tempat di mana kita beli. Kalau beli emas Wah Chan, jual balik kepada Wah Chan, jangan jual pada Tomei. Wah Chan akan beli balik pada harga tinggi emas keluarannya dengan syarat, kita masih simpan RESIT ASAL dan emas tu masih dalam kondisi yang baik.
Emas lain pun macam tu. Kalau beli emas Tomei, jual balik kepada Tomei untuk dapat harga terbaik, tapi syaratnya pastikan RESIT masih ada untuk dapat harga terbaik.
Kelebihan Public Gold, Public Gold jamin beli balik emas tu dengan HARGA MAHAL sebagai mana harga PG BUY yang dipaparkan di web www.publicgold.com.my TANPA perlu berikan RESIT.
Bagi emas Public Gold yang berseal, kalau seal tu terbuka, atau rosak, SPREAD yang dikenakan hanyalah 10% (berbanding spread asal 8%). Majoriti syarikat lain akan kenakan 25%.
Bagi saya, simpan emas Public Gold lebih peace of mind. Tak perlu risau resit, sijil bahkan tak perlu risau emas tu terbuka seal, calar, kemek atau bengkok sebab kita masih boleh jual pada harga tinggi (i.e. spread rendah). Janji berat asal masih maintain.