NADIR DAN PUBLIC GOLD

Nadir dan Public Gold : Apa Kaitan?

nadir print

Semua pelanggan Public Gold sedia maklum produk emas LBMA dan perak LBMA Public Gold dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery.

Siapa itu Nadir?

nadir bos

# Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü

# Beliau seorang usahawan Islam di Turki. Ini bermakna kita juga berurusan dengan seorang Muslim untuk pengetahuan mereka yang selalu membangkitkan isu agama dan bangsa di luar sana.

# Beliau memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti. pada tahun 1993.

# Nadir bermaksud = Precious & Rare (in Arabic word)~Bahasa Melayu = Berharga dan jarang dijumpai

# Pada tahun 1999, beliau menandatangani perjanjian usaha sama dengan Degussa Jerman, sebuah syarikat perdagangan emas dari Jerman dan mewujudkan syarikat kerjasama bernama Nadir-Allgemeine.

# Pada tahun 2001, Nadir Tütüncü membeli semua pegangan di dalam syarikat Nadir-Allgemeine dan meneruskan operasi dengan nama Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti

# Pencapaian: Nadir Metal Refinery merupakan syarikat Pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli LBMA – London Bullion Market Association iaitu pada Disember 2011 untuk emas dan Jun 2012 untuk perak.

# Ini membolehkan produk keluaran Nadir Metal Refinery mendapat PENGIKTIRAFAN SELURUH DUNIA.

nadir mou

# Public Gold NAMPAK KEKUATAN NADIR METAL REFINERY seterusnya memilih mereka sebagai Pengeluar Emas jenama Public Gold.

# Harga emas Nadir Metal Refinery yang MURAH, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.

# Jelas bahawa kerjasama ini adalah betul dari segi muamalat islam. Semoga kerjasama ini memberikan keuntungan kepada semua pihak, khususnya untuk pembangunan ekonomi ummah.