GOLD ACCUMULATION PROGRAM

GAP LOGO

Public Gold Marketing Sdn Bhd, salah sebuah syarikat pedagang emas dan perak terbesar di Malaysia telah memperkenalkan satu program penyimpanan emas yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP).

GAP bertujuan memudahkan anda membuat simpanan emas fizikal dengan modal serendah RM100 atau minima 1 gram.

Ini memudahkan anda untuk mengumpul emas fizikal sebagai aset dalam jangka masa panjang.

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP pada bila-bila masa, di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Kelebihan GAP :

# Anda boleh membeli emas serendah RM100 atau 1 gram sahaja
# Disokong 100% oleh emas fizikal
# Tiada yuran simpanan
# Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
# Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun
# Anda boleh mengeluarkan emas fizikal serendah 1 gram sahaja
# Akaun GAP tiada tarikh luput

Pengeluaran Emas Fizikal Dari Akaun GAP

Kelebihan akaun GAP adalah ianya disokong oleh 100% emas fizikal.  Anda boleh memilih untuk keluarkan jongkong emas atau dinar emas daripada akaun GAP anda.

Gold

Untuk jongkong emas, anda boleh memilih samada:

1. Jongkong emas 1 gram
2. Jongkong emas 5 gram
3. Jongkong emas 10 gram
4. Jongkong emas 20 gram
5. Jongkong Emas 50g
6. Jongkong Emas 100 gram
7. Jongkong Emas 250 gram.
8. Jongkong Emas 1,000 gram.

Untuk dinar emas anda boleh memilih samada:

1. Dinar emas ½ Dinar (2.125 gram)
2. Dinar emas 1 Dinar (4.25 gram)
3. Dinar emas 5 dinar (21.25 gram)
4. Dinar emas 10 Dinar (42.5 gram).