Pentingnya Memilih Guru Emas Pelaburan Anda

Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu kita tentang emas itu yang boleh mengkayakan kita. Kekadang ada bakal pembeli emas ‘gertak’ untuk minta itu ini dari saya sebagai pra-syarat untuk dia membeli emas dan berdaftar di bawah saya, seolah-olah saya terlalu terdesak hingga sanggup gadaikan prinsip dalam berniaga. Dia tak tahu, lebih ramai yang menyesal sebab tak dapat introducer yang betul. Ia bukan soal komisyen yang introducer (seperti saya) dapat, tapi yang lebih penting, mereka perlukan GURU yang boleh bagi panduan yang betul tentang pelaburan emas. Emas tak ada apa-apa makna tanpa ilmu.

Ada orang membeli masa harga mahal sebelum ini, tapi dia sentiasa happy samada harga naik atau turun. Ada orang beli emas, harga emas turun seringgit dua (per gram) pun dah berkeluh kesah. Bila harga emas naik 2, 3 ringgit, datang pula rasa menyesal sebab tak membeli masa harga rendah. Jadi mereka sentiasa dihantui perasaan keluh kesah dan menyesal tak kira harga emas naik atau turun. Semuanya kerana ilmu. Dia tak faham apa yang dia buat. Yang dia tahu, dia cuma ada emas! Dia fikir, emas itu yang membuatkan dia kaya, sedangkan ILMU itu lebih mahal daripada emas itu sendiri.

Antara Ejen Salesman dan Guru

Untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun, kita perlukan ilmu. Tanpa ilmu, itulah risiko sebenar melibatkan diri dalam mana-mana pelaburan.Untuk dapatkan ilmu yang betul, tentunya kena dapatkan daripada guru yang betul. Bagi saya, satu kerugian besar kalau beli emas Public Gold tanpa introducer yang boleh kita jadikan guru. Pengalaman saya, RAMAI introducer (dealer emas) yang cuma sekadar salesman. Mereka akan LEPAS TANGAN bila pembeli emas dah berdaftar bawah mereka sebab mereka tahu, suka tak suka, pembeli emas itu tetap berada di bawah mereka sampai mati (sebab syarat Public Gold tak boleh tukar introducer)! Sekali berdaftar bawah mereka, “bye-bye”…

Masa tu baru kita boleh kenal wajah sebenar mereka. Mesej tak lagi berbalas, call tak lagi berjawab, email tak lagi ber-reply, bahkan yang tinggalkan bisnes Public Gold pun ramai. Pembeli emas terkontang-kanting mencari panduan, dan terpaksa cari dealer macam saya untuk dijadikan “ayah angkat” bila-bila terdesak untuk dapatkan rujukan. Saya terpaksa layan setakat yang boleh, tapi keutamaan saya semestinya kepada pembeli-pembeli emas di bawah saya sebab mereka semua “anak kandung” saya sendiri.

Ejen Yang Mengkayakan Kita

Pesan Robert Kiyosaki, ejen atau “broker” boleh membuatkan kita kaya, tapi “broker” juga boleh membuatkan kita jadi “broke” (pokai)! Jadi Kiyosaki nasihatkan, jangan melabur melalui ejen sembarangan. Bila nak melabur, carilah ejen yang boleh kita jadikan GURU. Walaupun mungkin mereka bukanlah top ejen (top salesman!), yang penting mereka fokus upgrade ilmu mereka, amanah dan bertanggungjawab dalam memberikan nasihat. Bukan ejen yang jadikan kita sebagai “anak buangan” lepas mereka dapat duit (komisyen) dari kita.

Robert Kiyosaki ada berikan beberapa tips memilih ejen dalam bukunya. Beberapa kriteria ejen yang boleh kita dapatkan ilmu daripadanya, antaranya;

#1 – Melabur dalam produk yang mereka jual

Kalau mereka jual emas, mereka juga adalah penyimpan dan pelabur emas tegar. Bukan sekadar berdaftar RM1,000 sebagai ejen, tapi mereka sendiri tak menyimpan emas! Mereka hanyalah salesman emas. Ejen begitu, kita hanya dapat beli emas, tapi kita tak dapat ILMU. Mereka tak faham perspektif kita sebagai pelabur, dan mereka tak dapat berikan nasihat yang betul tentang pelaburan.

#2 – Fokus apa yang mereka buat

Kalau mereka jual emas, mereka hanya jual emas sebagai pelaburan. Kalau emas mereka jual, unit trust pun jual, insuran pun mereka jual, bah semua benda mereka jual, ejen begitu sebenarnya tak fokus dengan apa yang mereka buat. Mereka tak betul-betul “pakar”. Mereka tak mampu jadi guru. Samada ejen tu part-time atau full-time, itu bukan persoalannya. Yang penting, mereka mesti fokus dan komited dengan apa yang mereka buat.

#3 – Bina hubungan jangka panjang

Mustahil untuk faham sesuatu ilmu secara one-off. Kalau baca buku pun, biasanya bila baca kali ke-2 dan ke-3, kita akan dapat kefahaman berbeza atas ilmu yang sama. Lagi diulang bacaan, lagi faham. Jadi nak melabur, cari ejen yang boleh wujudkan hubungan jangka panjang. Bila kita ada apa-apa persoalan, mereka boleh guide kita dari semasa ke semasa. Bukan ejen yang cuma berhubung untuk satu urusniaga sahaja.

#4 – Amanah dan bertanggungjawab

Pengalaman saya, orang yang paling pakar dalam apa-apa instrumen kewangan ialah ejen. Bukan kakitangan syarikat pelaburan atau pensyarah universiti yang ada Phd sekalipun. Ejen bukan sahaja tahu selok belok produk kewangan yang mereka jual, tapi mereka faham kehendak / keperluan kita sebagai customer.

Kalau nak belajar tentang takaful, carilah ejen takaful. Kalau nak belajar unit trust, carilah ejen unit trust. Kalau nak belajar hartanah, carilah ejen hartanah. Kalau nak belajar tentang emas, carilah ejen yang menjual emas. Merekalah orang yang paling pakar untuk berikan nasihat kepada kita. Cumanya, bukan senang nak cari ejen yang boleh beri nasihat demi kepentingan poket kita. Kebanyakkannya mementingkan poket mereka sendiri berbanding kepentingan kita.

Jadi bila terima nasihat dari ejen, jangan terus telan bulat-bulat. Fikir dulu baik-baik. Pesan Warrent Buffet (pelabur terhandal di dunia), katanya; “never ask a barber if you need a haircut”… Jangan tanya tukang gunting samada kita perlu gunting rambut atau tidak. Semestinya nasihat tukang gunting akan ‘bias’ sebab memang dia cari makan dengan menggunting rambut! (“,)

Alhamdulillah, saya sudah bertemu dengan Guru Emas yang cukup handal dan sangat berkaliber, Tuan Syukor Hashim. The Gold Guru 😉